Saturday 18 February 2012

~~TIP MENDIDIK ANAK-ANAK...~~

                      

Sejak dikurniakan anak yang pertama saya dah set kat mind...yang saya takan terlalu ikutkan kehendak anak anak...Alhamdullillah...setakat masih boleh bertahan....tetapi hati manusia ni hanya Allah sahaja yang tahu....
Bukan semua perkara kita tak boleh ikut cakap dia..kadang2 kene jugak dengar pendapat dan permintaan mereka tapi kene pilih apa yang perlu dan tak perlu...
Kekadang tu kita x sedar...banyak sangat benda yang kita mahu..tetapi sebenarnyer tak perlu...kan???

Setiap ibubapa di dunia ini mahukan anak mereka menjadi anak yang cerdik, pandai, berguna soleh & solehah...
Anak bagaikan kain putih yang suci lg bersih.......
maka ibubapalah yang bakal mencorakkanyer...
Semoga kita sama sama tidak tersalah langkah dalam mendidik amanah Allah yang dikurniakan kepada kita ini...

Kene ambil sedikit masa untuk baca text kat bawah ni...layannnn.....
Sumber : FB Persatuan Ibu2 Comel mengandung.....comel ker??...comel lah kot hehe....

Superhero Khayalan: Layakkah Dijadikan Idola Anak-Anak Muslim? 

Dunia dan pemikiran anak-anak dewasa ini dibanjiri dengan cerita superhero khayalan seperti Superman, Spiderman, Naruto dan lain-lain. Superhero (pahlawan) dalam cerita-cerita sebegitu selalu menarik perhatian dan digemari anak-anak. Superhero khayalan seperti Superman, Batman, Power Ranger, Spiderman, Naruto dan lain-lain ini memang menghiburkan sesiapa pun. Mereka dilihat mempunyai kelebihan dan ketangkasan yang boleh digunakan untuk melawan kejahatan dan menegakkan keadilan. Akan tetapi, apa yang dibimbangi adalah bagaimanakah kesan daripada cerita-cerita superhero ini terhadap perkembangan anak-anak?

Kecintaan seorang anak kepada superhero idola mereka ini tidak hanya mereka buktikan dengan memasang poster-poster dalam bilik tidur contohnya, tetapi ternyata ramai di kalangan mereka yang juga menyerap pemikiran, perkataan bahkan perilaku idola mereka, kemudian menirunya. Hakikatnya adalah, perilaku superhero khayalan dalam cerita-cerita yang disukai anak-anak ini hampir semuanya berunsur kekerasan dan amat jelas berbeza sekali dengan kisah-kisah pahlawan Islam terdahulu. 

Tidak diragukan lagi tayangan-tayangan seperti ini akan memberikan pengaruh yang besar pada perilaku anak-anak, mendorong anak-anak bersikap keras, mencuba dan meniru adegan-adegan yang ditontonnya. Oleh yang demikian, apakah yang boleh ibu sebagai pendidik generasi lakukan agar anak-anak mengidolakan tokoh-tokoh kepahlawanan Islam? Selain Rasulullah SAW, siapakah lagi tokoh-tokoh yang perlu dikenalkan pada anak-anak?

Setiap orang selalu mencari tokoh yang boleh dijadikan idola bagi diri masing-masing. Sang idola biasanya akan menjadi inspirasi bagi orang yang mengidolakannya. Maka dengan itu, tidak mustahil juga ada anak-anak yang mengidolakan superhero seperti Spiderman dan Superman, kerana mereka menganggap karakter khayalan ini mampu membantu mengurangkan penderitaannya dan merasa tenang jika ada superhero tersebut di sampingnya. Dalam mendidik anak-anak untuk meneladani Hero idaman mereka, maka hero yang kita pilih sebagai idola semestinya adalah Hero yang benar dan bukan khayalan yang tentunya lebih baik dari kita, bersifat terpuji, boleh dipercayai, dan boleh dijadikan rujukan dalam semua perkara kebaikan.

Hero itu juga seharusnya mampu menjadi contoh teladan ulung bagi setiap yang ingin mengikutnya. Pemberi teladan dalam melakukan kebenaran dan kebaikan tentunya, bersumber dari ajaran yang benar iaitu tidak lain adalah Islam.

Seorang tokoh yang semestinya menjadi idola anak-anak Muslim adalah Rasulullah SAW, para sahabat dan pejuang Islam. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi petunjuk kepada anak-anak tentang siapa yang layak menjadi idola mereka. Siapa yang menjadi tokoh idola anak-anak akan mempengaruhi arah cita-cita mereka.

Islam sejak lama dahulu menjadi magnet kuat bagi manusia yang cintakan kebenaran. Keperibadian Nabi Muhammad SAW sudah pasti menjadi salah satu daya tarikannya. Para sahabat menjadikan baginda sebagai guru, sahabat, sekaligus hero dalam kehidupan mereka.

Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” [TMQ al-Ahzab (33): 21]

Rasulullah SAW telah memberikan inspirasi kepada ramai umat manusia. Islam yang dibawanya mampu menjadi sumber keberanian dan motivasi dalam hidup, maka ramai dari pengikut Muhammad SAW yang tadinya manusia biasa menjadi luar biasa. Mereka menjadi hero di antara para hero dan tentunya layak dan pantas dijadikan hero dalam kehidupan kita dengan cara meneladaninya.

Selain Rasulullah SAW, ada beberapa tokoh lain yang boleh kita kenalkan pada anak-anak. Antara lain adalah Khalid bin Al-Walid. seorang panglima perang yang termasyhur dan ditakuti di medan perang serta digelar “pedang Allah yang terhunus”. Dia adalah salah seorang dari panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang perjuangannya. Begitu juga Usamah bin Zaid, seorang pemuda, yang dilantik sebagai panglima perang pada usia 17 tahun, kerana dia dikenali sebagai pemuda yang berani dan tangkas. Tidak kurang juga Muhammad Al-Fatih penakluk Konstantinopel, yang kepimpinannya dikagumi ramai kawan dan lawan serta taktik dan strategi peperangannya yang dikatakan terkehadapan pada zamannya. Dan masih ramai lagi pahlawan-pahlawan Islam lain yang layak untuk dijadikan idola. Mudah-mudahan anak-anak kita dapat mencontohi mereka semua. Wallahu ‘alam

Thursday 16 February 2012

~~MINAT~~

~~Kalau nak tau saya memang minat dengan benda2 yang comel-comel dan kiut miut ni.....macam coklat..
dulu cuma tengok2 orang punya jer..kat FB....lepas tu ada seorang sahabat ni NURUL AKMA nama dia..ajak belajar macam mana nak buat coklat comel2 tu.....apalagi ..sgt excited tau masa ni..mintak hubby hantarkan..sebab masa ni x de lesen kereta lg..& memang x pandai langsung drive...hihi..kesian saya kan..kekeke..apa-apa pun nak ucap TERIMA KASIH EMA...!!...

kat bawah ni..pic ema & cikgu coklat tu..KAK MIA nama dia...(yg paling kiri)..THANKS JUGAK PADA KAK MIA..


OK bila dah belaja...mula lah nak dipraktikkan pulak...
meh kita layan pic2 coklat hasil kerja tangan saya.....






Yang ini tempahan dari my hubby untuk best friendnyer....mesti korang nak tau kenapa buh nama "acik " tu kan...sebenarnyer...."acik paan" --itu panggilan anak2 pada dia..nice sangat orangnyer....dia ni rapat sangat dengan anak2...suka sangat melayan budak2 ni...aleesya kalau dah jumpa dia..memang aleesya takan layan sapa2  ..mama dia pun dia cakap x nak kawan!!
jadi untuk coklat ni...kira macam anak2 la yang bagi...hehehu

coklat bntuk ketupat..kenapa yer??...
sebenarnyer tahun lepas besday dia jatuh pada bulan ramadhan..nak raya kan..so ketupat la hihi....comel tak??



~~SIAPA DIBELAKANG SAYA~~

Salam Pg Jumaat.....

TAZKIRAH :Orang yang cinta kepada Allah dan rasul dan kebaikan , 
Allah akan kurniakan kasih sayang yang melimpah


Tajuk kat tu mcm nak introduce diri sendiri...lebih kurang la...hihihi....
Saya telah dikurniakan seorng suami yang sangat penyabar dan memahami...
dan setakat ini saya ada 3 orang anak , 2 girls & 1 boy....Alhamdulillah....
mereka sgt comel (pada sayalah)...

Ok ...ini my lovely husband~~~


dan ini my lovely princes..anak yg sulung...09/02/2012 ini genaplah usia dia 6 tahun....dia ni cerewet dan kadangkala sangat kedekut....hihi x taulah ikut siapa...


Yang bawah ni anak no. 2...my hero ni...tahun ni 5 tahun la dia..


Dan yang ni my manja~~~ yang no 3..kira yang bongsulah stakat ini...umur tahun ni...3 tahun....


ok..inilah dia..orang2 dibelakang saya...yg sentiasa memberikan semangat & menyokong dalam apa juga yang saya buat...selain MAK..ADIK-ADIK, SAUDARA MARA. & SAHABAT2 yang tak jemu -jemu beri sokongan.....terima kasih semua..mmuuahhh...:)







Wednesday 1 February 2012

TERIMA KASIH SAHABAT










Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Syukur pada Allah.....kerana semua yang berlaku adalah atas kehendakNya...
Sebelum terus jauh melangkah.....
Ingin sekali mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH BUAT KAK JULAIHA KAMARUL BAHARIN kerana telah mewujudkan blog ini untuk saya...."terima kasih kak Ju"
Tak tau nak balas dgn apa..
Cuma berharap agar persahabatan kita berkekalan hingga ke SYURGA..InsyaAllah...
Salam sayang untuk semua....